Assalamualaikum
wbt.
Muhammad
Ammar, sekarang Ammar dah umur 4 tahun tau. Ammar dah pandai macam-macam. Bila
ummi ada kelapangan masa ummi akan coretkan disini. Hari ni hari kedua kita
berpisah. Lama dah kita tak berpisah Ammar. 4 bulan mungkin, last hari tu pada
bulan June. Ammar, ummi berharap, one fine day bila Ammar jumpa tulisan ummi
disini, ammar takkan marahkan ummi. Ummi nak Ammar tahu, sebagaimana Ammar tak
rela meninggalkan ummi dan papa, begitu jugak ummi dan papa. Kami pun tak rela
berpisah dengan Ammar. Tapi apakan daya kami sayang, keadaan memaksa.
Ammar sayang, hari ni hari kedua
Ammar berpisah dengan ummi dan papa. Rumah kita terasa sangat kosong tanpa
Ammar. Ummi sunyi sayang. Perbualan ummi dan papa pun berkisarkan tentang
telatah dan perangai Ammar yang sangat menghiburkan kami. Siang dan malam, di
mulut kami hanya menyebut nama Ammar. Betapa sukar untuk ummi dan papa
melupakan Ammar walau sesaat. Percayalah sayang betapa ummi dan papa sangat
menyayangi Ammar. Ammar, masuk je waktu petang, rasa rindu pada Ammar
sangat-sangat kuat. Sampaikan tak tertanggung ummi nak lalui. Jiwa ummi kosong,
hanya jasad bernyawa. Ummi terbiasa petang-petang Ammar ada dengan ummi. Teman
ummi memasak mahupun exercise. Kemudian pasti ummi ‘berperang’ dengan Ammar,
suruh Ammar mandi. Ammar taknak. Ammar menjawab dengan pelbagai alasan munasabah
pada fikiran budak 4 tahun. Ammar bagi alasan sebab Ammar nak sambung tengok
kartun Ammar. Kadang-kadang ummi terpaksa ugut Ammar, kadang-kadang ummi puji
Ammar, kadang-kadang ummi kena pujuk Ammar, kalau mood Ammar okay, barulah
Ammar pergi mandi.
Ammar, bohong jika ummi katakan ummi
tak menangis merindui Ammar. Semalam, malam pertama untuk bulan ni Ammar tidur
entah dimana dari ummi dan papa. Sukar untuk ummi tidur Ammar. Ummi tidur dalam
air mata. Tak lama kemudian ummi tersedar, ummi keluar pergi ruang tamu cari
Ammar. Kadang-kadang Ammar suka sangat tidur malam depan televisyen. Ikut mood
Ammar. Bila ummi keluar, ummi hanya lihat alas tidur dan bantal kesukaan Ammar di
depan televisyen. Ummi tersedar, Ammar dah berpisah dengan kami. Biasanya kalau
Ammar tertidur kat ruang tamu, ummi akan menemani Ammar tidur sampai 5 pagi.
Ummi suka peluk Ammar. Ummi suka tengok wajah polos Ammar waktu Ammar tidur.
Suci dan bersih tanpa sebarang dosa dan noda. Papa datang pujuk ummi, 10 hari tak
lama. Tapi ummi ni ibu Ammar yang melahirkan Ammar ke dunia. Tak sanggup ummi
berpisah walau seketika. Ummi pergi kerja pun ummi rindu sangat pada Ammar.
Inikan pulak 10 hari tanpa khabar dan berita. Susah hati ummi.
Malam tadi, ummi masak makan malam
untuk papa. Terus ummi teringat dekat Ammar. Makan dah ke Ammar. Makan banyak
tak Ammar. Makan kat rumah atau makan kat kedai. Semua tu berlegar dalam kepala
ummi. Sebab Ammar tak suka sangat makan luar. Ammar suka masakan dari air
tangan ummi. Pasti banyak Ammar makan, pasti bertambah. Ammar, ummi rindu nak
suap Ammar makan. Ummi suka suap Ammar makan kerana tak selamanya ummi dapat
suap ammar makan. Tiba masa bila Ammar dah besar, Ammar dah pandai makan
sendiri tentu Ammar dah tak perlukan lagi suapan dari ummi.
Ummi rindu sangat mulut petah Ammar
bercakap dengan ummi. Ummi rindu dengan setiap reason Ammar untuk menguatkan
lagi alasan Ammar tu. Ummi rindu nak mengusik Ammar yang mana membuatkan Ammar
tersenyum manis tampak lesung pipit milik Ammar. Dan ummi rindu Ammar panggil “ummi”.
Perkataan keramat dan sangat lembut suara ammar panggil ummi.
Ammar, ummi tak
dapat meneruskan lagi, ummi dah terlalu rindu.......
Salam sayang
dari ummi dikejauhan. Jaga diri Ammar. Jangan lupakan ummi dan papa yang sangat
menyayangi Ammar.