Salam alayk...
Sedar tak sedar dah tahun 2020 dah. Alhamdulillah, we have new addition in our family. Ammara Batrisya yang dilahirkan pada 17 Julai 2019 yang lepas. Lagi dua hari dah nak masuk 7 bulan. Dah pandai macam-macam. Merangkak seawal usia 6 bulan. 6 bulan setengah dah pandai pegang meja/rak tv/sofa dan berdiri sendiri kemudian meniti. Ammara Batrisya, ummi jaga sendiri dengan papa. Dulu Ammar dijaga oleh tokma. Sekarang perkembangan anak ummi dapat lihat depan mata. Sangat bersyukur. Dari dia baby yang not easy, suka nangis dan tidur kena buai je sampailah ummi nak habis confinement leave ummi berjaya train dia dapat tidur tanpa buai. Lama-lama suka nangis tu hilang kecuali dia sakit la hahaha!
Muhammad Ammar dah bergelar abang. Dia bahasakan diri dia sebagai Abang Ammar. Ammar jadi favorite adik dia. Ammara Batrisya sangat sukakan abang dia. Galok sangat dapat main dengan abang dia. Dengan abang je mesti terkekek ketawa. Abang Ammar dah 6 tahun. Sekarang tahun kedua belajar kat PASTI. Dah pandai membaca, dah pandai buat latihan maths seperti tambah dan tolak. Darab je ummi tak ajar lagi sebab ummi sangat sibuk kerja. Balik rumah settle kerja rutin, terus nak tidur. Sejak ada anak kecil ni tak boleh berjaga malam dah. Anak tidur ummi kena tidur jugak. Sebab Ammara dan Ammar adalah morning persons (ikut perangai ummi). :p
Ummi masih lagi bekerja di blood bank HTAA Kuantan. Tahun ni tahun ketujuh ummi dalam bidang ni. Ikut hati nak beralih tempat tapi papa menentang keras rancangan ummi yang satu itu. Mungkin sebab tiada redha papa, ummi masih kekal kat blood bank hahaha!
Kami baru sahaja menyambut anniversary kami yang keempat. Alhamdulillah baru 4 tahun kami berkahwin. Tak kenal lama, dalam masa singkat kami buat keputusan untuk bernikah. Alhamdulillah macam-macam kami lalui, pencapaian dan dugaan dalam masa 4 tahun ni. Antara pencapaian kami suami isteri ialah berjaya dapatkan rumah pertama kami yang agak selesa untuk membesarkan anak-anak pada tahun 2018. Means almost 2 years dah kami miliki rumah sendiri. Rezeki dari Allah. Degree journey ummi je tak settle-settle lagi. Insya Allah this semester will be my last semester to attend the classes in Bachelor of Biomedical Science.
Saya tulis blog ni saya tengah on call. Menanti tamatnya waktu oncall yang masih berbaki sejam setengah. Weekend oncall 8 am-8 pm. Saya hanya boleh oncall during weekend je sebab anak kecil. Masih tak mampu lagi nak tinggal si kecil tu di waktu malam.
Nah perkenalkan si kecil kami, cinta hati ummi dan papa, kesayangan si abang,
Ammara Batrisya (6 Bulan 28 Hari)
Till we meet again (yang taktau bila)
pssttt: doakan ummi rajin update blog naaaa.
pssttt: baru ummi perasan, last ummi update blog tahun 2018. Yang mana tarikh tu adalah tarikh kejadian adik hahahaha!
No comments:
Post a Comment