Assalamualaikum wbt.
Dah dua hari saya tak update blog em? eh betul ke dua hari? Lupa la pulak. Hihi. Banyak benda sebenarnya saya nak membebel disini. Tapi entah kenapa, semangat dan kekuatan untuk bercerita tu makin kurang. Kalau ikut kan medic term nya, "loss of appetite". Dan dan je aku ni. Hihi. Ah, suka hati okay! :)
Mungkin dah jadi tabiat kot, time nak exam/test, tangan ni automatik nak update blog. Ish, saya potongkan tangan ni. Hihi. Oh no no, jatuh harga nanti, kata orang di seberang selat sana. ;p Biasa lah, masa-masa emas macam ni banyak sendirian dan mendiamkan diri, macam berada diluar dari alam semesta ni. Hihi. Mula la masa tu macam-macam benda difikirkan, macam-macam masalah yang timbul dan segala mak nenek macam la lagi menjelmakan diri. Memang sorrow giler!
Oh oh oh, tomorrow kite ada quiz tauuu. Tapi satu haram pun kiteewww tak study lagi. Ceh menci sungguh nada tulisan yang saya taip tu. Nampak gedikkan? Ah, takmo la jadi gedik nanti ramai orang tak suka kiteee. Nanti ada karang mulut puaka yang macam haram tu perli perli saya. Sungguh, perempuan tua itu ada penyakit hati yang sukar diubati. Saya diam tak bermakna saya takut. Tapi it is the best way untuk tidak melayan penyakit hatinya yang makin menjadi-jadi kan? Saya bukan saya yang dulu. Take note people!
Stop stop, tarik nafas, hembus. Bak kata 'dia', "jangan dilayan manusia tak ceghedik macam tu. Sekarang kena fokus pada mental dan fizikal. I know how stressed you are. Tabah dan kuatkan hati. Sabar, sabar untuk sedikit masa lagi. " Thank you! Memang semalam terlalu banyak perkara yang mencabar kesabaran saya. Lepas satu, satu masalah timbul. But kite kan kuat. Kite dah ajar diri kite untuk jadi perempuan yang kuat bertahun-tahun lamanya.
Apa sebenarnya saya nak cerita kat entry ni ? Ah, takde motif nak menulis. Mari saya sajikan gambar saya balik kampung tempoh hari. Hihi. Oh kiteee balik kampung tau. Muka kite suka sangat balik kampung kite kat Ketereh tu. Rumah kesayangan tuuuu. Menghabiskan masa bersama keluarga tersayang, dan keluarga 'bakal' kiteee. Hihi. Okay gedik! Saya rasa macam comel-comel je bila bahasakan diri dengan menggunakan 'kite'. Okay muntah sekarang. Hihi.
Okay, ini kite. Makin bam bam bam. Kata kawan-kawan, "Maklumla, orang sedang bahagia" ;p
Lawakan? Petang depan rumah saya. Eh bukan milik saya rumah tu, milik keluarga saya. Hihi
Our favourite sports forever. Dari kecik sampai besar,
kami dua beradik minat sangat dengan sukan badminton. :)
Adik lelaki saya! Jatuh nombor dua dalam keluarga kecil kami. :)
Dia lah racun dan dia lah penawarnya. Satu-satunya anak lelaki dalam keluarga.
Tak jelas sangat muka dia sebab adik saya ketiga tu ambil dengan kamera handphone.
He is sooo handsome guy. Tak over jika saya katakan dia chinese look. :)
Tengok kakaknya pulak kan macam pelakon filem tamil. Hihi.
Adik bongsu kesayangan keluarga. Kakak-kakak dia dengan abang dia, sayang sangat-sangat kat dia.
Masa ni keluar makan malam satu family, pandai dia buat muka mengantuk. Hihi.
Oh oh, mata mula berkaca-kaca. Rasa nak balik. Rindu kampung, rindu rumah, rindu adik-adik. Makin dekat hari, hati rasa mula sayu-sayu. Macam nak pergi jauh dah. Sedangkan rumah keluarga 'kami' cuma sepelaung. Tak sampai 3 minit kalau naik motor. Hihi. Hati saya milik keluarga saya. Mereka bahagia saya. Saya sayang keluarga saya. Kerana kami teramat-amat bahagia dan amat-amat rapat antara satu sama lain. Kami lah keluarga, bestfriends, musuh tradisi, kawan sepermainan and so on la. Rinduuuuu! Tak tertanggung dah rasanya. T.T
Sambung buat report!
:)
Till then, jumpa next entry.
.