Friday, May 2, 2014

Hidup Baru Sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan


Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, dapat jugak mood nak update blog sambil makan roti dengan milo. Biasalah sejak pregnant ni kan, asyik nak makan je. So pergi check up pada 25 weeks, berat lebih 300 gram dan edema dikesan oleh JM. Makanya kena check bp, berat dan sugar albumin biweekly. Mujur saya kerja kat lab hospital. 

Oh saya dah dilantik sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29 pada 17 Mac lepas. Perasaan tunggu surat pelantikan dan surat penempatan punyalah berdebar tak usah dikata. Takut dapat posting bukan negeri yang diminta dan dapat pedalaman. Itulah yang merungsingkan hati kecil saya. Masa tu redha sangat dah, selalu bermonolog dengan baby, dimana kita bakal dicampakkan kita kena redha, dimana kita akan berkelana kita kena kuat. Suami jauh dan hanya kami saya dan baby dalam kandungan yang akan hidup bersendirian.

Akhirnya surat dinanti tiba, makanya sudah tertulis tempat saya mencari rezeki di bumi Pahang. Berkhidmat untuk rakyat Pahang. Surat yang sampai ke tangan cuma bagitahu saya perlu melaporkan diri di Jabatan Kesihatan Negeri Pahang. Penempatan dalaman belum ditetapkan lagi. Maka sekali lagi rungsing lah hati saya. Adakah pedalaman takdir saya mencari rezeki? Cuba call pihak berwajib di JKN, tanya dimanakah saya akan berkhidmat. Mungkin rezeki batch kami seramai 9 orang kali ni ditempatkan di Pahang, incharge kami sangat memahami dan baik hati. Kami dibenarkan untuk request dimana kami hendak. Maka pilihan pertama saya Hospital Kuala Lipis dan Hospital Tengku Ampuan Afzan. Setelah diambil serba sedikit latar belakang aku dan masalah peribadi ; mengandung + jauh dari suami, maka kata incharge kami kemungkinan besar, HTAA bakal saya berkhidmat.

Tapi kata putus hanya hari lapor diri dimana kami bakal berkhidmat. Suami asyik berdoa saya dapat sekitar Kuantan agar senang dia nak balik jenguk saya. Saya bertolak dari kampung halaman sehari sebelum tarikh lapor diri dengan linangan air mata. 3 bulan berehat dirumah sepuas hati bersama adik-adik kesayangan kemudian terpaksa berpisah bekelana ke bumi yang tak berapa nak asing dalam hidup saya demi tugas.

Kembali ke bumi Pahang, Kuantan terutamanya ibarat mengimbau kembali sejarah lama yang hampir terpadam. Suami kata itu hanya mainan perasaan. In sha ALLAH bila dah biasa disana pasti takkan terasa lagi. Hari lapor diri tiba, saat surat arahan lapor diri sampai ditangan, bersyukur, impian suami untuk saya cuma berkhidmat di bandar Kuantan tercapai. Iye saya diarahkan melaporkan diri pada hari yang sama di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Suami betul2 rasa bersyukur, tak perlu dia terlalu bimbangkan saya sebab sepupu dia ada di sekitar bandar.

Setelah lapor diri di pejabat hospital, kemudian kami dikehendaki lapor diri di Jabatan Patologi. Dibawa round seluruh lab di hospital ini. Agak besar dan sibuk. Tapi tak sesibuk lab di HRPZ 11. Hari pertama berakhir begitu. Hari kedua kami diberi pilihan Unit mana yang kami mahu bertugas. Maka setelah berebut-rebut, saya memilih Histopathology. Sebab masa tu unit yang masih kosong hanya tinggal Unit Transfusi dan Unit Histo. Pada masa itu, Unit Transfusi adalah list yang paling akhir dalam kemahuan saya kerana takut akan tugas menanti. Masuk je Histo, saya 'ditendang' keluar kerana saya mengandung. Ketidakcukupan staf di unit itu disebabkan bulan 8 ada yang akan bersara, jadi ditambah saya yang bakal bersalin pada bulan 8 menyebabkan mereka 'tidak mahukan' saya. T______T

Maka setelah berbincang bersama kawan-kawan seramai 6 orang yang melaporkan diri untuk tukar suka sama suka, saya dengan redha, memilih Unit Transfusi. Dalam hati berkata, ada hikmah semua ni. Minggu pertama di seksyen Antibodi, buat GSH dan Coomb's Test, agak ketar jugak. Masuk minggu kedua rotate di seksyen GXM atau dikenali Crossmatch agak mengerikan. Sebab seksyen ni lah yang buat test untuk transfuse darah pada patient. Dan minggu-minggu seterusnya masuk ke seksyen kaunter, stok dan komponen yang tak berapa begitu mencabar dan sangat rileks. Kritikalnya di Unit Transfusi adalah di seksyen Antibody dan GXM. 

Setelah tamat rotation saya sebagai freshie, akhirnya harus memegang seksyen sendiri. Rezeki bulan April, saya dapat seksyen GXM. Disaster? Agaklah. Sebab bulan April lepas terlalu banyak kes. Dan rezeki emergency GXM pun mencurah-curah datang. Bagi saya itu rezeki bagi memantapkan skill saya bekerja,melatih diri dengan tekanan sekeliling, dan persediaan untuk saya menghadapi oncall yang mencabar. Kadang-kadang sehari hampir 20 kes saya kena handle sendirian. Average untuk sehari, sebanyak 40-50 kes GXM. Saya pernah menangis senyap-senyap kerana terlalu banyak kes, ditambah perut yang makin membesar, dengan kaki yang selalu sembap. Ditambah pula hidup bersendirian tak berteman tanpa suami disisi, lagi buat saya sayu. Tapi menangis kejap, pujuk diri dengan mengatakan saya kuat menghadapi semua ini kerana ini jalan yang sudah saya pilih. Ini minat saya, ini cabang yang saya inginkan.

Sekarang bulan Mei, saya dah start oncall. Saya dah start buat kerja lebih masa. Nama saya dah ada dalam list orang dikehendaki untuk membantu mobile dan komponen. Di Unit saya, setiap bulan akan ada rotation dalaman. Bulan Mei rezeki saya di Antibody. Agak ringan jugaklah. Bergantung pada kes sebenarnya bila bertugas di seksyen Antibody. Bergantung pada rezeki. Hihi. :)

Jadual setiap bulan dah keluar siang tadi. Jun nanti saya bertugas di seksyen Stok. Maka pakat berebutlah staf lain mintak saya tandatangan borang cuti mereka. Ini kerana, bila kita nak cuti, kita kena cari orang yang berada di seksyen yang tak berapa sibuk untuk tanggung kerja kita. Cuma bulan 7 agak azab, baby dah 8 bulan masa tu, saya pulak bertugas di seksyen screening. Seksyen yang langsung tak boleh nak ambil cuti, yang kerja sangat heavy dan macam-macam lagi lah gambaran yang diberikan oleh staf senior. Semua duk cakap, saya akan menangis di seksyen itu.  Saya? Belum cuba belum tahu. Moga diberi kekuatan pada diri.

Pernah sekali, ketidakcukupan staf di unit saya, terpaksa saya cover dari seksyen kaunter, stok dan GXM sekaligus. Mahu menangis. Balik tu memang takde daya. Saya pujuk diri, saya kan kuat, saya kan kena banyak lagi belajar.

Itulah serba sedikit dengan kehidupan baru saya, dengan kerja baru saya. In Sha Allah ada peluang, saya update lagi tentang pengalaman kerja saya disini. Being a MLTs is really interesting job i told youuuuu!!!! 

Maaf seribu kali maaf pada semua yang drop komen tapi saya tak sempat nak balas. Sebab nya kan, saya sangat sibuk dengan life baru dan angin pembawakkan baby kot yang sangat malas nak bukak email dan blog. HAHA! Saya mintak maaf sekali lagi ye semua. :)


3 comments:

  1. akak mlt batch bpe? n akak bekas student ktmp ek?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Allahu. Nice entry kak. Saya bakal lapor diri di ktmpKL Januari nanti. Penulisan akak banyak bagi pendedahan awal utk saya :)

    ReplyDelete