Sunday, June 15, 2014

Juruteknologi Makmal Perubatan 2


Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, saya diberi kekuatan untuk mengupdate blog malam ni setelah melalui kehidupan bekerja yang sangat busy dan mencabar untuk bulan ni. Hectic week is over. Rasa nak bercuti sahaja memandangkan suami nak balik Malaysia tak lama lagi. hihi. :D

Saya banyak menerima email. Saya baca email anda semua. Begitu jugak komen di blog. Saya baca. Tapi masa terlalu mencemburui saya untuk membalas email dan komen anda semua. Ini kerana, masa lapang yang saya ada cuma lah untuk saya melelapkan mata sepicing dua. Kemudian bukak je mata, bersiap masuk kerja. 

Antara soalan-soalan yang saya selalu terima dari pengunjung-pengunjung blog ini melalui email dan komen :

1. Patutkah saya memilih bidang Juruteknologi Makmal Perubatan? Best ke kerja dalam makmal?

Jawapan saya, bergantung pada minat. Bila kita minat dalam bidang ini, bila bekerja nanti kita akan ikhlas bekerja. Setiap hari rasa semangat nak pergi kerja. Itulah yang saya lalui kini. Setiap hari rasa semangat nak pergi kerja. Nak belajar benda baru. Nak buat yang terbaik dalam kerja untuk mendapatkan rezeki yang halal. Buat salah itu perkara biasa. In sha Allah ramai je staf senior akan ajar dan tegur kita. Yang penting, kita sebagai orang baru kena terima teguran orang dengan positif dan berlapang dada.

2. Boleh tak sambung degree walaupun under SPA?

Boleh je. Staf senior ramai je sambung degree dalam bidang Teknologi Makmal Perubatan. Kalau kerja under government, at least kerja a few years, then pohon untuk sambung degree melalui ketua jabatan, if approved, then sambung. Tapi belajar tak sepenuh masa ye adik-adik. Sebab kita terikat dengan tugas. So biasanya staf senior mohon UNISEL. Sebulan sekali dorang naik Shah Alam pergi belajar. Kalau nak sambung degree under biomedicine pun boleh. Keluar nanti boleh jadi Pegawai Sains. Gittew. Tapi biasanya MLT takkan ambil lah biomedicine sebab dorang masa kerja dah anti dengan Pegawai Sains, takkan pulak nak jadi pegawai sains. Iye dop? HAHA. Just joking.

3. Result SPM tak berapa bagus, boleh ke saya apply bidang ni? Dan saya tak dapat apply UPU, SPA pun tak panggil interview.

SPM bukan lah kayu ukur kejayaan seseorang dalam hidup sebenarnya, ianya sekadar batu loncatan untuk kehidupan yang lebih baik. Kat malaysia sekarang ni terlalu banyak kolej swasta. Jika minat dan mampu boleh sahaja apply di kolej swasta. Walaupun agak mencekik darah yuran mereka. Tapi make sure belajar betul-betul. Ingat, SPM bukan kayu ukur kejayaan kita. Saya dulu pun tak dapat result hebat dalam SPM. Tapi sekarang menjawat sebagai penjawat awam dalam sektor awam. Ia jugak bergantung pada rezeki. Dan ini mungkin rezeki saya. Sebab tu saya selalu ingatkan pada diri, siapa saya sekarang adalah pertolongan dari Yang Maha Esa, rezeki dari Dia. Jangan terlalu riak, mahupun takbur, bila-bila masa Dia nak tarik, Dia akan tarik segala nikmat yang diberikanNya. Sebab tu bila keluar rumah, nak ke tempat kerja, kita kena ikhlaskan hati, muhasabah diri dan perbetulkan niat. Kerja bukan sekadar kerja nak gaji.

4. Kalau saya belajar di kolej swasta, ada ke peluang pekerjaan?

Percaya pada rezeki yang dijanjikanNya. Sekarang ni kat luar sana terlalu banyak private lab. In sha ALLAH kalau belajar betul-betul, rajin-rajin, adalah yang akan ambil kita bekerja. Sesetengahnya, keluar dari belajar dapat offer kerja dengan syarikat-syarikat yang menjual dan membekalkan mesin pada lab. Lagi lah banyak rezeki yang dapat. Pernah terjumpa a few seniors yang kerja under company macam ni.

5. Lepas habis stpm boleh ke ambik degree MLT atau kena start dari diploma jugak?

STPM kalau result cantik dan aliran sains, boleh je ambil degree MLT mahupun biomedicine. Kalau tak, mulakan dari diploma balik. 

6. Over 25 years boleh tak apply SPA? 

Actually boleh je before 30 ke 35 kalau tak silap. Bergantung pada rezeki jika melalui SPA. :)


Bagi saya bidang ni interesting. Nak-nak kalau dapat kerja di hospital besar. I mean hospital negeri. Macam-macam kes kita akan jumpa dan belajar. Although we will have a bit of stress. Stress dengan staff nurse, dengan doctor dan macam-macam lagi lah.

Sebenarnya, saya sibukkan diri dengan kerja macam ni sebab nak cepatkan masa yang berlalu, agar diri tak larut dalam rasa sedih yang tak terhingga berjauhan dengan suami. In Sha ALLAH suami akan balik Malaysia pada hari rabu ni. Balik for good. Jaga ummi dan baby. :)

Till then, jumpa lagi dilain entri yang entah bila akan ditulis. Doakan saya sihat senantiasa dengan usia kandungan yang masih berbaki. Doakan saya masih kuat untuk mencari rezeki. Doakan ALLAH permudahkan saya bersalin kelak. Mohon doa dari semua.:)


2 comments:

  1. Ape beza degree MLT dgn degree biomedic ??

    ReplyDelete
  2. Heloo, nak tanya, ada cuti tak klau kita ambil pekerjaan MLT ini?

    ReplyDelete