Sunday, May 8, 2016

HARI IBU



Assalamualaikum wbt.

8 May 2016.

Selamat Hari Ibu buat tokma dan diri sendiri serta ibu-ibu sekalian. Ah dah nak masuk 2 tahun rupanya aku bergelar ummi pada seorang anak lelaki yang aku sayangi iaitu Muhammad Ammar. Bila oncall malam, pasti rasa rindu pada dia datang menggebu. Rasa dah tak sanggup nak berpisah jauh. Tapi apakan daya ummi, tokma lebih menyayangi awak Ammar. Tadi ummi call tokma awak, mintak nak jaga awak dua minggu hingga sebulan. Tokma awak bagi tapi tu lahhhh, nanti hari kejadian mula lah dia akan buat ayat sedih dia macam biasa. Bagi harapan palsu pada ummi.

Aku belek instagram. Tengok gambar-gambar lama. LIhat Ammar membesar. Rindu. Rindu nak dukung Ammar macam dia baby dulu. Cepat sangat Muhammad Ammar membesar. Masa meninggalkan aku tanpa erti belas kasihan. Setahun sudah kita berdua pergi bercuti. Gigih, kuat dan tabah ummi masa tu just to make sure i spend time so well with you. Untuk happykan keluarga kita jugak.

Lahirnya Ammar kedunia, menjaganya tak sukar. Malam tidur seperti orang dewasa. Pukul 10 malam dah tidur. Bangunnya menjelang subuh. Hanya untuk menyusu dan kemudian nya tidur balik sehingga pukul 9 pagi. Mudah nak menjaga si kecil Ammar dari dulu dan kini. Mungkin dia faham keadaan ummi dan tokma dia. Sekarang dah nak masuk dua tahun umurnya. Nakal dia dalam diam. Kerenah dia buat semua orang tergelak. Buat orang hilang masalah. Sesungguhnya Ammar adalah terapi terbaik bila tengah stress mahupun tension.

Ramadhan bakal menjelma beberapa minggu lagi. Buat aku ingat saat tokma Ammar jatuh sakit dan warded. Dan aku di Kuantan bertolak balik Kelantan malam tu jugak. Tidur di stesen minyak berseorangan dalam kereta saat tak mampu lagi menahan mata. Tiada tempat untuk bergantung, Sukar. Masa tu tiada siapa dapat menjaga Ammar di kampung dan a few issues came up dan aku buat keputusan untuk bawak pulang Ammar ke Kuantan. Jaga dia bersendirian di rumah kosong itu. Masa tu fikir aku akan drive kereta berdua pulang dengan Ammar ke Kuantan dengan hati yang remuk redam dengan kata-kata 'orang' lemparkan pada aku. Tokma pulak hanya mampu menitiskan air mata dengan nasib kami berdua. Keluarga aku takde sesiapa. Keluarga aku keluarga kecil. Orang kena faham semua tu. Jadi bila apa-apa, jikalau bukan aku, siapa lagi. Dulu dan kini, paling banyak diharapkan adalah aku kerana aku terlalu banyak berdikari sejak zaman remaja.

Masa tu aku doa sungguh-sungguh pada ALLAH datanglah apa jua pertolongan dari Dia. Bersangka baik. Allah uji sebab Allah tahu aku mampu. Aku hanya mampu bergantung pada taliNya. Jika begitu hendakNya, aku lalui. Alhamdulillah saat-saat akhir sepupu aku free untuk teman aku bawak balik Ammar ke Kuantan. Dan esoknya dia balik Kelantan dengan bas. Sebuah pengorbanan yang tak mampu aku bayar. Kemudian Allah hadirkan ramai insan yang berhati mulia memberi pertolongan pada aku dibumi Kuantan. Ringankan beban. Ada je Allah hadirkan setiap seorang insan yg baik hati. Masa tu aku tak kenal lagi suami sekarang.

Pernah satu ketika, Ammar tak berapa sihat. Bulan puasa. Dia nak melekat dengan aku. Tak boleh aku berjalan setapak pun dari dia. Nak pergi beli barang nak masak berbuka puasa pun tak boleh. Pukul 9 malam pun tak makan lagi. Hanya berbuka dengan minum air. Bohong kalau aku tak menangis masa tu. Dan kemudian nya Ammar tertidur. Lagi lah aku tak boleh nak keluar. Terpaksa mintak bantuan orang. Lepas tu, adalah yang buat delivery setiap hari untuk make sure aku berbuka puasa. Pertolongan orang datang dalam berbagai jenis atas kehendak Dia.

Bagi aku cantik rencana Allah pada aku saat itu. Bila kembali mengingati, aku menangis. Sehingga kini, aku tetap menangis bila mengingati segala jerih payah itu. Biarlah abadi disini agar satu masa nanti Ammar dapat membacanya.











No comments:

Post a Comment