Perth, Western Australia.
Road trip 29 March- 3 April 2017.
Itinerary
Day 1
-beli groceries dkt Market City Gourmemt Foods. Banyak produk makanan Malaysia kat Perth ni. No worries!
-check in dekat Haus Accomodation dkt Francis Street, Northbridge. Tak jauh dari Malaysian Hall.
-lepas rehat, masak lunch dan makan, kitorang pergi ke Kings Park. Dalam itinerary sy pun, sy mmg tak ketatkan sgt jadual hari pertama sbb first time bawak anak kecil. Kesian takut dia penat.
-malam rest cukup2 sbb esok start jalan jauh ke north. Almost 200 km. So back and forth total 400 km.
Day 2.
-bangun seawal jam 4 pagi. Masak untuk bawak bekal.
-7 pagi dah bertolak.
-9 pagi sampai di Lancelin Sand Dunes. Tak main sandboarding sbb angin kuat gile, mcm ribut pasir. Dan mmg takde org pun main walau ramai dah sampai situ masa tu.
-kemudian ke The Pinnacles Dessert. Boleh masuk dgn kereta, ikut laluan yg dah disediakan. Tempat ni unik i told you!
-patah balik ke Perth City. Singgah di Caversham Wildlife Park.
-dinner dekat Insan's Cafe kepunyaan rakyat Malaysia. Tepi Chemist Warehouse tempat shopping perfume.
-lepas dinner pergi chill dekat South Perth Esplanade. Seberang Elizabeth Quay. Terpisah oleh Swan River.
Day 3.
-bangun 4 pagi. Masak buat bekal. Kemas barang. 6 pagi dah start road trip to South. Naik Albany Highway.
-tengah hari sampai di Two Peoples Bay Nature Reserve. Jarang Malaysian datang sini. Tapi tak jauh pun dari Pekan Albany.
-drive dalam 30 minit lg ke The Gap and Natural Bridge. Pun sangat lawa pemandangan nya! Ada kerusi dan meja diperbuat oleh batu, so kami lunch kat sini.
-kemudian kami ke Albany Windmills Farm. Tak jauh dari The Gap.
-check in dekat Albany Bayview Lodge YHA. 300 meter dari Pekan Albany.
-malam, dinner kebab je. Beli kebab turki dkt Pekan Albany. Tu je satu2 nya kedai halal kat situ. Kebab dia besar gile, beli satu je boleh kongsi dua orang.
Day 4.
- 4 pagi bangun masak, kemas barang sbb kami akan start journey ke southwest coast melalui Denmark.
-6.30 pagi check out. Pusing pekan albany, ambil gambar sekeping dua. Kemudian ke Marina Waterfront. Ada harbour kat situ. Banyak burung bersidai. So bagi Ammar main kejar2 burung, naikkan mood happy dia. Haha!
-sejam perjalanan, berhenti rehat dkt Greens Pool. Singgah pergi toilet je senanya! Haha! Ada look point, ambil gambar la apa lagi.
-setengah jam dari Greens Pool kami sampai di Conspicuous Cliff. Tempat ni sangat2 lawa! Please masukkan dalam itinerary!
-Tree Top Walk. Tempat ni suami aku nak gi sangat. Nak tengok pokok2 yg sumpah besar2 dan tinggi2 berusia beratus2 tahun.
- Cape Leeuwin Lighthouse, Augusta. Boleh rujuk gambar untuk description nya!
- Hamelin Bay, Margaret River. Singgah makan bekalan yg aku bawa.
- Restawhile Motel, Busselton. check in pukul 7 malam dah. Tepi Bussell Highway! Sangat selesa!
Day 5
- Canal Rocks, Yallingup. Sangat lawa. Must visit okay!
- Canal Beach. Tak jauh pun dari Canal Rocks.
- Busselton Jetty. Kemudian bertolak balik ke Perth
- Fremantle. Singgah makan fish and chips yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Dan pergi beli cenderahati dkt E Shed! Murah gile ok t shirt, baju sejuk, dan segala mak nenek.
- Check in Victoria Park Lodge, Perth City
Day 6
- hari ni chill je lah. Kesian suami dan anak having thru a long journey! Kemas luggage, basuh our rent car sbb teruk sgt rupanya.
- bersiap segala, check out jam 9 pagi. Pergi Murray Street shopping perfumes.
-pastu jalan2 situ, heroes merengek kelaparan. Singgah makan dkt Love and Care Restaurant, Pier Street.
-ke Brisbane street beli apple strudels. AUD 7/strudels.
-hantar kereta di Aries Car Rental, Kewdale. Tak jauh dari airport. Kemudian staff dorg akan hantar kita ke airport.
Tips:
1. Make sure print out everything, dari tiket flight booking, accomodations sepanjang kita kat sana, dan list bekalan makanan dibawa.
2. Declare everything. Masa kitorg tu, masuk 'laluan istimewa' sbb kitorang declare rokok. Dia just nak tengok berapa kotak kita bawa. So untuk seorang maksimum nya 2 kotak sahaja. Pegawai tu siap cakap, "i dont interested with the food that you carried" haha! Kemudian kena beratur pulak kat laluan biasa untuk security check oleh anjing pengesan. Cool ok cool kat sini. I ollss dah berdebar sbb Ammar interested gile dengan anjing tu. 😭
3. Tandas, make sure bawak botol. Takde pili dalam tandas.
4. Kereta kitorang rent dengan Aries Car Rental. Berurusan dengan Jo via whatsapp je. Dia ni staff Aries branch KL. Nanti bagi detail segala. Dia akan uruskan. Sangat mudah ok. Bond pun dia charge AUD100 je instead AUD300 kalau kat website. GPS dia bagi free. Cuma child seat, insurans je di charge. Make sure before ambil kereta, masa check, korang ambil video whole part of the car. Check betul2. Terus inform kalau dah ada kesan calar kat mana2. Ambil minyak penuh, pulangkan minyak pun kena penuh. Masa tu kami ambil Hyundai Hatchback unlimited km sbb kami buat roadtrip kan. Bagitau jo korg buat roadtrip.
5. Minyak kereta kat sana berubah setiap hari. Pastinya lagi jauh dari bandar, lagi mahal. Boleh download apps utk track perbezaan stesen minyak mana lagi murah.
6. Visa, kalau korang rent car dengan Aries, untuk client aries boleh dapat RM15/person je! Jimat!
7. Andai kalian road trip macam kami, kalau terjumpa pekan, berhenti je isi minyak walau minyak masih ada dan buang air sbb tak tahu bila pulak akan jumpa pekan lagi. Satu pekan ke satu pekan yg lain agak jauh. Dan dorang takde kemudahan RNR macam kita. Tempat rehat dorg pun tepi hutan just utk park kereta je. Nak nak kalau perjalanan dari albany ke augusta. Berhenti je lah tepi hutan lepas kan hajat. Jangan lupa siram banyak2.
8. Waze atau GPS. Better ada dua2. Sbb ada setengah kawasan mmg takkan ada line hp langsung. Mcm kami pada hari keempat, susah nak dapat line hp. Gps pulak nak alamat tempat tu. Aku pulak tak google awal2 alamat kawasan2 nak pergi, so berpandukan signboard semata2.
9. E Shed, bukak hanya pada jumaat sabtu dan ahad sahaja. Hari lain tutup. Jumaat dan sabtu bukak 9 pagi-9 malam. Kalau ahad 5 ptg dah tutup. Sebelum korg buat itinerary, please make sure satu2 tempat korg nak pergi tu tutup pukul berapa. Kat sana kebanyakkan pukul 5 ptg dah tamat operasi. 6 petang dah gelap. 9 malam dah rasa mcm tengah malam. Sunrise seawal jam 5 pagi.
10. Andai Road Trip make sure sampai kat tempat penginapan sebelum maghrib. Sebab bila dah malam orang2 kat sana mmg takkan drive. Korang jangan buat keje gila pulak. Sbb laluan kat sana mmg dalam hutan2 tebal, sah2 banyak binatang buas. Penglihatan terhad dan kita takleh expect weather, kalau hujan waktu korg drive malam lagi parah.
11. Dekat Lancelin Sand Dunes, bawak cermin mata. Sbb pasir2 halus akan masuk mata. Kalau angin kuat disarankan tak payah la main sandboard. Sandboard boleh sewa dekat pam minyak masa masuk ke Pekan Lancelin. AUD10/2 hours.
12. Make sure bayar parking ye kat Perth! Tak memasal dapat saman. AUD 100 ok! Sama jugak dkt Fremantle. Hati2 ikut peraturan disana.
13. Blue Boat House, mmg cantik nak ambil gambar, parking kat depan tu, dekat Kings Park Avenue, macam kondo. Kemudian lintas je jalan ke situ. Tapi ada cakap kawasan tu bahaya sbb ada kereta sewa rakyat kita kena pecah cermin. So for security, dalam kereta kena clear. Hatta cable hp. Macam kami, kami park kereta dimana kami boleh awasi dengan mata kami. Sementara suami dan ammar beratur tunggu turn utk bergambar, sy pula mengawasi keadaan kereta dari tepi jalan Blue Boat House tu. Bila turn kami, cepat2 lah kami bergambar. Tak perlu banyak2, sbb org lain pun tunggu turn jgk. Consider orang lain jgk ok. Make sense!
14. Parking kereta AUD4 utk satu jam. Maksimum boleh 2 jam je. Cukup 2 jam renew lah. Lepas 6 petang free park. Patuh pada peraturan parking kat sana. Kalau tak sia2 kena saman. Sana takde tol, bahagia hidup.
Entrance Fees:
1. The Pinnacles Dessert: AUD 12/ car @ RM42
2. Caversham Wildlife Park : AUD 28/ person @ RM98
*under 3 y/o: FOC, child: AUD12.50
3. Tree Top Walk: AUD21/ person RM73 under 3 y/o: FOC
4. Cape Leeuwin Lighthouse: AUD8/person @ RM26 *under 3 y/o: FOC
5. Busselton Jetty: AUD3 @ RM10
Tempat lain FREE OF CHARGE
Total Damage:
1. Flight Ticket Return (2 adult, 1 child): RM 1500.00
2. Accomodation (6 days 5 nights): RM 1226.00
a) Haus Accomodation 2 nights: RM450
b) Albany Bayview Lodge YHA: RM266/night
c) Restawhile Motel/ night : RM310
d) Victoria Park Lodge: RM200/night *korg boleh dapat murah jika book dgn airbnb. Tapi sy fikir keselesaan suami dan anak.
3. Rent Car: AUD36/day x 6 days + Licence Charge+baby seat+insurance= AUD346 @ RM1200.00
4. Minyak Kereta 6 hari: AUD 196 @ RM686.00
5. Visa: RM45
6. Travel Insurance Etiqa: RM90 utk 3 org.
Total: RM 5203.00/ 3 orang.
So bahagi ummi dan papa: RM2600/person.
*tak termasuk belanja makan, parking fees, shopping.
No Deposit Casino | Dr. Maryland
ReplyDeleteWe do not have a list of no 안산 출장샵 deposit casinos in 김포 출장안마 Washington. Casinos 구리 출장안마 with no deposit bonus codes 2021: Casinos with no deposit bonus codes 2021: 광주 출장샵 Top 10 Casino 태백 출장샵 in the United States
im943 replica bags ye820
ReplyDelete