Friday, May 5, 2017

Jatuh Sakit


Tengah hari semalam, ummi menangis teresak2, minta pertolongan dari Allah, bantulah ummi walau dengan apa cara sekalipun, kerana dia Yang Maha Mengetahui akan sesuatu asbab apa yg ummi lalui.

Bilamana memikirkan ummi takde options, mmg give up dah tadi, redha je lah jika markah ummi hanya cukup2 makan utk semester ni. Dengan suhu ammar mcm ni, tak mungkin ummi akan ke kelas. Kawan2 group study ummi kat whatsapp tak putus2 bagi cadangan itu ini utk another options. Thank you korang!

Sampai kat tempat keje, ummi consult dengan Doktor Pakar Paeds yg ummi kenali dan jumpa Medical Officer ummi. Dorg mintak ummi hantar Ammar ke ED as soon as possible sbb suhu ammar taknak turun, refused to eat anything, taknak minum susu langsung. Alhamdulillah urusan di ED pun dipermudahkan Allah.

Kemudian ummi mintak jasa baik kawan2 sekerja ummi ganti kerja ummi, alhamdulillah ramai yg tolong ummi. Bos ummi pun tlg cover kerja ummi. Berkali2 berterima kasih pada mereka.

And alhamdulillah lecturer ummi memahami keadaan ummi. Ummi diberi options lain. Ummi rakam presentation ummi dan test pula melalui online. Yg pastinya soalan nanti berlainan dari classmates ummi. Itu dah buat ummi sangat2 lega. Allah dengar rintihan ummi.

Terima kasih tak terhingga buat groupmates ummi. Yg whatsapp ummi bg kekuatan dlm urusan study ummi secara personal dan jugak dlm group whatsapp. Korang memang the best people that i've ever met, selepas hapijoh!

Sesungguhnya Allah selalu datangkan pertolongan pada ummi dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Alhamdulillah. 




No comments:

Post a Comment