Sunday, April 30, 2017

CABARAN


Hai! Assalamualaikum. 
Buang tebiat update pepagi buta macam ni. HAHA!

Bosan oncall malam ni tak banyak kes. So sambil siapkan assignment, tangan ni gatal nak hapdet blog. ISHHH!

Dah masuk bulan Mei. Cepat masa berlalu meninggalkan kita. HUHU. Tak lama dah nak puasa kemudian berhari raya. Dek kesibukkan tugas, tak terasa Ramadhan bakal menjelma lagi. Korang dah ganti puasa belum? Hihi.

Hari ni aku terpaksa ponteng kelas sebab urusan kerja. Tak boleh nak buat apa. Doa saja lah bila buat revision dengan kawan-kawan nanti aku cepat faham. Insya ALLAH. Aku sampai Kuantan semalam pukul 12 malam. Lastly, pukul 2.30 pm jugak baru dapat lelap mata. Bila badan terlalu penat, susah nak tidur jadinya. 

Ammar sekarang payah nak tidur malam. Sebab tengok kartun kat ASTRO CERIA. Ummi dan papa tak tahu dah macam mana nak tackle hati Ammar agar tidur awal. Macam-macam cara dah kami buat. Tutup tv karang dia menangis menjerit rasanya macam satu taman boleh dengar tengah-tengah malam macam tu. huhu. Bila dia lambat tidur, makanya nak bangun tidur pepagi pun susah lah.

Ammar stay kat taska hospital, ikut jadual kerja papa nya. So biasanya kami akan hantar Ammar based on papa's schedule. Kalau papa kerja pagi, yang bertanggungjawab hantar Ammar adalah ummi. Jika papa keje petang, Ammar akan masuk taska shift petang jugak, so tugas hantar Ammar adalah papa. Kadang-kadang ummi jika ummi tak lunch call. 

Sekarang ni, jaga Ammar, sangat mencabar. Sebab dia dah makin cerdik. Pagi tadi ummi terlambat ke tempat kempen derma darah gara-gara Ammar. Payahnya nak ditinggalkan di taska sekarang. Dia lebih suka berada dirumah. huhu. Macam-macam feel dia buat. Bila ummi atau papa yang hantar dia ke taska, kadang-kadang dia berlakon menangis la, buat-buat tidur lah dalam kereta atau cengeng!!!

Pagi tadi, dia nampak je bangunan hospital, dia pejam mata rapat-rapat. Sampai je di kaki lima untuk ke taska, dia buat cengeng dia, taknak berjalan bagai. Ummi ni dah lambat anak. Memang situasi ini mencabar kesabaran ummi. Tapi disebalik itu, Ammar melatih ummi jadi seorang yang penyabar. Sejak Ammar tinggal dengan ummi, Ammar banyak mengajar ummi untuk menjadi seorang ibu. 

Tadi, berkali-kali Ammar taknak berjalan, ummi tetap pegang tangan dia agar dia berjalan, tapi dia tetap menangis. Ummi pun rasa nak menangis sekali sebab ummi dah lambat. Huhu. 

Ummi bertahan taknak marah Ammar sebab umur seperti Ammar tak elok dimarahi. Lastly, ummi mengalah dengan Ammar. Ummi mencangkung, ummi pegang dua belah bahu Ammar, ummi pandang mata Ammar dalam-dalam, ummi cakap kat Ammar,

" Ammar, ummi kena kerja. Ummi nak kena cari duit beli pampers Ammar, beli susu Ammar. Kalau ummi tak kerja, macam mana ummi nak beli susu Ammar? Kesian kat ummi nanti takde duit nak beli susu kat Ammar. Ammar duduk lah taska, main dengan kawan-kawan. Tengah hari nanti papa balik kerja, papa datang ambik Ammar ok?"

Aku tawakkal je masa tu. Berdoa agar Allah terangkan hati Ammar untuk memahami keadaan ummi.
Alhamdulillah, Ammar terus kesat air mata dan berjalan masuk ke dalam taska tanpa drama! Fuhhh, berpeluh sokme ummi dengan Ammar ni kalau turn ummi yang hantar Ammar. HAHA!

Petang tu, ummi sempat balik awal dari bertugas di kempen derma darah, terus ummi ke taska Ammar. Bila je nampak muka ummi, happy sangat dia. Ceria dan bahagia. Terus datang berlari-lari peluk ummi dan cium ummi. Hilang segala penat. Itulah realiti kehidupan kami. Mencabar dalam membesarkan Ammar, mendidik dia setiap hari sedaya upaya kami mencari masa  bersama Ammar. 

Aku bersyukur ditemukan jodoh oleh Dia dengan suami aku sekarang. Sangat memahami, sangat soft spoken, dan yang penting menerima Ammar dan aku seadanya kami. Melayan kerenah dan mehnah Ammar setiap hari. Menjaga Ammar sebaik mungkin saat aku tiada di Kuantan mahupun sibuk bekerja. Allah sahaja mampu membalas kebaikkan abang pada ummi dan Ammar. Sifat melindungi, sifat menyayangi yang ada dalam dirinya tiada tolok banding.

Terima kasih kerana sentiasa ada dalam saat sukar saya.
Terima kasih kerana sentiasa ada dalam saat senang saya.
Terima kasih sentiasa ada dalam duka dan bahagia saya.


1 May 2017
1.46 AM

Selamat hari Pekerja semua orang!!!! 




No comments:

Post a Comment