Wednesday, May 3, 2017

Motherhood Journey


Salam alayk.

Sejak Ammar tinggal bersama dengan aku akhir Januari lepas sesungguhnya segala jadual perjalanan hidup aku seharian di rombak balik. Kalau dulu hanya dengan suami ibarat seperti orang masih bujang. Nak makan masa mana, nak bangun dan nak tidur masa mana, dan apa saja memang sesuka hati kami. Tapi sejak hadirnya Ammar dalam hidup kami, segala benda kami consider tentang Ammar dulu. Fikirkan tentang Ammar dulu dan tak boleh sesuka hati kami.

Ammar yang semakin membesar, memerlukan perhatian yang lebih dari kami, mak ayah untuk mendidik dia. Dia adalah amanah dari Tuhan, hadiah teristimewa untuk ummi jaga dan ummi sayang sepenuh hati ummi dan papa. 

1. Berpisah tempat tidur.

Because of a few reasons, tokma mintak ummi dan papa separate tidur dengan Ammar. Means Ammar kena ada ruang dia sendiri, lebih tepat lagi bilik dia sendiri. At the first, my heart broke into pieces. Anak baru je tinggal dengan aku dah kena buat keputusan berpisah tempat tidur. But its good for him, to teach him more independent for himself. Memang keputusan yang sangat sukar. Sampai sekarang, ummi cannot sleep kalau tak tidur dengan Ammar. So ummi buat keputusan untuk bahagikan malam ummi. Separuh malam ummi akan tidur berdua dengan Ammar, cuddle him as much as i could until he fall asleep. Separuh malam hingga ke pagi baru ummi masuk tidur bilik ummi. 

Yes, ummi masih tak bersedia. But we need to think far ahead. Which is we have to do this. Memula papa jugak membantah keputusan ummi. For the sake of Ammar, hati kami kena keras. 

2. Tantrum

Ammar yang semakin membesar dan dikurniakan akal yang panjang oleh Yang Maha Esa. Banyak perkara dia dah pandai membantah and threw out his tantrum. Ummi yang dulunya hanya mempunyai sabar senipis kulit bawang, sekarang memang sangat-sangat mendidik diri menjadi seorang yang sangat-sangat sabar dengan segala mehnah Ammar. Alhamdulillah. Ammar banyak ajar dan didik ummi untuk menjadi seorang ibu. Setiap kali dia buat tantrum, cara untuk menyelesaikannya adalah dengan memujuk dia dengan baik serta memberi pujian dengan mengatakan dia seorang anak yang baik lagi cerdik. Dia akan senyap dan mendengar apa ummi sampaikan dan kemudian akan mengikut cakap aku. Kita mungkin lihat anak sebesar itu, apa lah sangat untuk memahami apa kita cakap, sedangkan dia sangat memahami. Bila anak sedang tantrum, jangan kita memarahinya malah ini membuatkan dia lebih mahu memberontak. Jadi, setiap kali itu, kita hendaklah sentiasa berlembut. Aku ni dah la bukan seorang yang lemah lembut, terpaksa lah jadi seorang yang hipokrit untuk anak agar membesar dalam suasana sihat dari segi mental, rohaniah dan jasmani.

3. Kejutan

Setiap hari ada sahaja lagaknya, perbuatannya yang beri kejutan pada ummi. Tak keterlaluan aku katakan, setiap hari yang dilalui oleh aku, sebagai ibu, ibarat treasurer. Setiap hari ada sahaja dia impressed ummi. Mulut yang semakin  petah walaupun pelat. Seorang yang sangat bergurau. Setiap kali dapat bergurau dengan ummi dan papa, jelas terpancar sinar kebahagiaan. Bersyukur, walaupun suami aku, ayah tiri pada Ammar, sayang dia pada Ammar, layanan dia pada Ammar, kedudukan Ammar dalam hidup suami adalah yang terpenting dalam jadual harian dia.

4. Kesibukkan 

Walaupun ummi sangat sibuk bekerja, hujung minggu pergi kelas, terkadang ponteng kelas sbb tanggungjawab aku pada kerja, penat macam mana sekalipun aku dengan jadual harian bukanp penyebab untuk tidak berikan perhatian pada si kecil itu. Sedaya upaya aku, berikan masa berkualiti untuk anak, buat aktiviti bersama, mendidik ammar duniawi dan ukhrawi.

5. Bertangguh

Kalau dulu, aku suka sangat bertangguh dalam melakukan kerja. Nak nak kerja rumah. Sebab kerja penat-penat, balik rumah nak baring dan rehat je. Banyak kerja rumah tertangguh. Tapi sekarang sejak Ammar tinggal dengan kami, segala kerja rumah, aku ada masa aku akan settle secepat mungkin. Andai kata, aku memang terlalu sibuk dengan jadual kerja, barulah suami aku akan membantu aku settlekan kerja rumah. Kami banyak bertolak ansur. Bersyukur dikurniakan seorang suami yang sangat memahami tugas aku.

Sampai sini dulu, aku akan catatkan pada entri yang lain pula. 
Insya ALLAH.

Notakaki:

  1. Petang ni appointment dengan peguam. 
  2. Tengah sibuk menguruskan rumah yang baru kami beli. Insya ALLAH, 4 bulan atau 5 bulan lagi kami akan berpindah ke rumah baru. Doakan segalanya dipermudahkan.



No comments:

Post a Comment